Wednesday, April 6, 2011

ADAB BERGURU - TING1


GURU IALAH

¨       Golongan  yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak  dan  masyarakat.
¨       Guru bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu   pengetahuan ,berketerampilan ,berwawasan dan berakhlak mulia.

                                         PANDUAN ADAB BERGURU

       Ø  Berwuduk
       Ø  Berdoa
       Ø  Bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran
       Ø  Memakai pakaian bersih dan bersopan
    Ø  Beri tumpuan ketika belajar






                            
CARA MENGENANG JASA GURU







   Ø  Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya

   Ø  Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
   Ø  Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
   Ø  Menghormati guru sepanjang masa
   Ø  Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan



                            HIKMAH / FAEDAH MENGHORMATI GURU


  •       Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
  •       Membentuk peribadi dan akhlak mulia
  •       Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
  •       Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat

AKIBAT TIDAK MENGHORMATI GURU
    1. Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah

    1. Tidak bermoral dan rendah budi pekerti

    1. Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru


    •                              Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif

    ADAB BERGURU OLEH IMAM AL-GHAZALI

    1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
    2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
    3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
    4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
    5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
    6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
    7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
    8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
    9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
    10. Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
    11. Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru   
          meninggalkan majlis.
    12. Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke 
          rumahnya atau ke tempat duduknya.
    13. Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

    0 comments:

    Post a Comment

    Template by:
    Free Blog Templates