Wednesday, March 30, 2011

Bukan mudah bergelar pendidik



Tugas mendidik bukan cukup hanya 12 minggu semasa praktikal tetapi lebih dan mungkin mengambil masa sepanjang hayat kita.. untuk mengajar memang mudah tetapi untuk mendidik bukanlah semudah yang disangka.Bagi guru-guru tetap, yang sudah bergaji, kelak akan ditanya di hadapan Allah, sudah cukupkah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik, adakah masa yang diperuntukkan di sekolah digunakan sepenuhnya? atau hanya sekadar berjual-beli di bilik guru, mengeluarkan perkataan 'bodoh' jika ada pelajar yang tersilap, mudah mengalah untuk pelajar yang susah faham akan pelajaran kita atau sekadar masuk ke kelas bersembang-sembang kosong dengan pelajar tanpa ada unsur nasihat dan teguran....tanyalah diri kita...kami sebagai bakal menjadi seorang guru, inilah masanya untuk kita belajar, bukan hanya untuk dapat A bagi semua semester yang membolehkan kita bergraduat...azamlah dalam diri supaya kita bergraduat dalam keadaan kita layak untuk dipanggil 'cikgu' semasa dihantar posting ke satu tempat kelak....cabaran..memang dunia pendidikan banyak cabarannya..dari aspek akademik sehinggalah kepada aspek pembentukan syakhsiah pelajar. 


Kita tanya diri kita adakah kita mahu menjadi guru yang pentingkan pelajaran? atau pentingkan sikap dan tingkah laku luhur semata-mata? atau mengutamakan sukan sebagai salah satu added value yang kita inginkan? atau semua itu kita ingin capai?? tanyalah, selamilah diri kita..jiwa pendidik kita...pelajar2 sekarang bukanlah seperti pelajar2 zaman nenek, ibu kita dahulu. mereka ini sering terdedah dgn media2 yang banyak memberikan impak negatif kepada mereka. drama yang menayangkan aksi-aksi kurang sopan antara lelaki dan perempuan, penghinaan anak kepada ibu, rempit, gengster dan sebagainya, guru harus kuat..perlu ada ilmu tentang ini dan bagaimana kita mahu membentuk mereka. backgroud pelajar? usah ditanya..penceraian ibubapa sangat ramai, anak luar nikah, pelajar yang tidak lagi anak dara, memungkinkan mereka terjebak dengan bermacam2 jenayah seperti dadah, minum arak, buli, rogol, ketagih pil dan macam2 lagi... bukan untuk menakutkan tetapi untuk sama-sama kita bersedia mengharungi cabaran dunia pendidikan ini. Satu pesan dari kami, semua ini adalah masalah kecil jika kita kembali kepada Islam, jika kita kembali kepada Agama yang sememangnya mengajar semua perkara yang baik-baik sahaja. Bersihkan minda anak-anak didik kita nescaya akan mudahlah ilmu yang diajarkan oleh guru masuk ke minda dan jiwa mereka. Akhir kalam buat kawan-kawan semua yang dalam bidang pendidikan ini, teruskan perjuangan mendidik anak bangsa... "Untuk melihat maju mundurnya sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah pada generasi mudanya" -Umar Al-Khatab

Monday, March 28, 2011

Sikap Guru yang Kurang Matang



ISUNYA remeh namun sikap segelintir guru subjek teras yang memandang rendah terhadap guru subjek pilihan sangat dikesali.
Meskipun kedua-duanya berperanan sama penting, sikap suka bertanding atau membeza-bezakan antara satu sama lain mampu mencetuskan konflik dan mewujudkan pertelingkahan.Apatah lagi jika masing-masing cuba mengangkat diri sendiri seolah-olah yang terbaik hingga menjadikan pelajar mangsa keadaan dan tersepit membuat pertimbangan.


          Walaupun masih belum ketara, fenomena ibarat api dalam sekam ini perlu dicantas awal supaya tidak ‘meletup’ hingga mampu menjejaskan kredibiliti warga pendidik sekali gus mencalar integriti perguruan.Persoalannya, mengapa situasi remeh ini perlu berlaku sedangkan sekolah seharusnya menjadi institusi bersih, bebas daripada konflik dan emosi, manakala guru hanya perlu fokus terhadap pembangunan ilmu serta kejayaan pelajar.


       Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata sikap suka memperlihatkan kepentingan dan keutamaan menjadi faktor kewujudan pertelingkahan meskipun semua guru berperanan sama penting dalam proses penjanaan ilmu. Menurutnya, situasi bertambah buruk apabila ibu bapa terlebih memberi perhatian dan penghargaan kepada guru subjek teras hingga guru subjek pilihan seolah-olah guru terpinggir. “Apabila hanya segelintir guru saja mendapat pujian, sudah tentu perasaan kurang senang wujud di kalangan guru lain. Lebih runcing jika ibu bapa hanya nampak sumbangan satu pihak yang lebih mendominasi. “Senario ini tidak normal jika ingin menjadikan sekolah sebagai medan ilmu kerana pertembungan ketidakpuasan hati akan menimbulkan protes dan rasa persaingan tidak sihat. Masing-masing ingin membuktikan dialah yang terbaik. “Sedangkan sumbangan semua guru sama dan perlu menyokong antara satu sama lain tanpa iri hati. Ini sekolah yang mendokong falsafah pendidikan negara, bukan medan ‘pertarungan’ untuk keluar sebagai wira,” katanya.

             Tanggapan hanya subjek teras penting dalam mekanisme pendidikan negara perlu diubah kerana kini subjek pilihan turut menentukan kelayakan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi. Ia juga alternatif membantu pelajar mengenali potensi diri dan mencungkil bakat dalam bidang tertentu yang boleh membantu pemilihan kerjaya masa depan. Beliau berkata penentuan sama ada subjek teras atau pilihan yang membantu melonjakkan prestasi pelajar adalah subjektif kerana setiap individu berbeza. “Ada pelajar boleh cemerlang dalam akademik, ada pula sebaliknya, justeru bagaimana mungkin jika ada menyatakan hanya guru tertentu saja boleh menjana kecemerlangan pelajar?“Subjek teras atau pilihan diwujudkan bertujuan mengimbangi keperluan pelajar supaya tahu dan mengenali potensi masing-masing. Jika guru bertelagah atau dilanda perasaan iri hati, bagaimana nasib pelajar ini yang memerlukan bimbingan? “Sebenarnya rasa kepentingan subjek itu tidak penting kerana pengakhirannya hanya menjurus pada satu matlamat saja iaitu kecemerlangan dan kejayaan pelajar,” katanya. Pelajar katanya akan silih berganti namun guru masih perlu menjalankan tugas hingga akhir hayat. “Simboliknya, sama ada guru subjek teras atau tidak, mereka hanya perlu melaksanakan tugas dengan baik. Mengapa mesti ada perbalahan atau kekecohan kerana isunya sangat remeh dan memalukan. “Guru, ibu bapa, sekolah atau masyarakat sendiri seharusnya menilai dan meletakkan matlamat bagaimana mahu menjadikan pelajar itu berjaya dalam semua bidang, bukan menjadikan mereka tersepit di tengah kemelut perbandingan,” katanya.

          Meskipun mengakui kepentingan masyarakat hari ini lebih menjurus kepada akademik, beliau berkata pilihan lain juga perlu diseimbangkan. “Bukan semua pelajar mampu berdepan tekanan atau mampu merealisasikan kecemerlangan menerusi pencapaian akademik. Subjek pilihan boleh menjadi alternatif bagi membantu meredakan tekanan. “Malangnya masyarakat tidak faham dan tetap mahukan kecemerlangan akademik, guru pula dihambat masalah persaingan. Dihantui situasi ini, bolehkah pelajar berjaya? “Kepentingan bukan membuat penilaian pada guru namun menjaga kebajikan pelajar selain menjadikan sekolah bebas daripada konflik,” katanya. Pada masa sama, masyarakat terutama ibu bapa perlu mengubah mentaliti dan bersama memberi sokongan padu kepada guru tanpa perlu membuat penilaian peribadi. Ibu bapa, katanya, perlu akur semua guru berperanan dalam melonjakkan frekuensi pelajar dan tiada mahu melihat kegagalan.

       Guru pula mengetepikan perasaan cemburu atau ego dan bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab. “Masyarakat tidak perlu memberi label tertentu kepada guru sebaliknya perlu anggap diri mereka sumber kejayaan anak. Manakala guru tidak perlu mendabik dada sebaliknya menunjukkan integriti tinggi dan profesional. “Dengan cara ini mereka lebih dihormati. Jadikan sekolah tempat harmoni bukan meraih populariti,” katanya. Guru muzik di SM Asma (SAS), Kedah, Khairil Fauzi Ali, berpendapat subjek pilihan juga penting bagi menceriakan pelajar sewaktu proses pembelajaran. “Subjek pilihan boleh menjadi penawar dan boleh menjadi mekanisme meredakan tekanan. Saya berpendapat, jika pelajar seronok datang ke sekolah, masalah ponteng tidak akan berlaku. “Di negara barat, mereka menggunakan cara ini untuk membina kemahiran diri juga sebagai persediaan menjalani kehidupan, tidak salah kalau mencontohinya,” katanya.

           Sebaliknya, guru subjek teras di sebuah sekolah di Alor Star, Azahar Hashim, berkata tidak salah ibu bapa memberi sedikit kelebihan kepada guru subjek itu kerana mereka lebih tertekan. “Kami sentiasa tertekan kerana sering dipantau pengetua mengenai pencapaian pelajar, kebanyakan ibu bapa juga lebih mementingkan akademik. “Tidak salah, kami memperoleh lebih penghargaan daripada ibu bapa sebagai membalas usaha memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya. 

Adakah kecemerlangan akademik memberi kredit untuk para pelajar melakukan apa sahaja termasuk perbuatan maksiat???


MESRA...perhubungan masyarakat mahasiswa perlu terjalin dengan mesra bagi memperkukuhkan perhubungan kemasyarakatan.
MENGIKUT Kamus Dewan, mahasiswa ditakrifkan sebagai penuntut di universiti yang terpilih daripada ribuan calon untuk menjejakkan kaki di menara gading.

Walaupun bukan semua, keberanian golongan itu semakin menjadi-jadi dan dibimbangi jika tidak dibendung lebih awal, ia boleh menjadi parasit kepada pelajar lain.
Justeru, apakah pandangan masyarakat mengenai senario ini? Masih perlukah warga menara gading ini menerima pujian melangit atau harus ‘ditempelak’ supaya sedar daripada mimpi?
Adakah mereka menjadi mangsa keadaan rentetan sikap masyarakat yang suka mendesak, cerewet dan sentiasa mahu menang?

Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof Abd Rahim Bakar berkata, dalam konteks membuat penilaian atau penarafan terhadap mahasiswa atau masyarakat, kedua-dua pihak perlu meletakkan asas kepercayaan dan bukan mempertikaikan kelemahan atau kelebihan masing-masing.

Menurutnya, sikap suka menunjukkan ‘kebenaran’ dan tidak mahu beralah antara punca konflik masyarakat-mahasiswa sedangkan isunya mungkin kecil dan remeh.
“Apabila dua pihak bertembung dan mahu menegakkan hujah masing-masing, wujudlah masalah yang akhirnya membawa pertelingkahan.

“Hanya kerana tidak mahu beralah, dua pihak yang memerlukan sokongan akan berseteru, akhirnya isu kecil menjadi besar. Alangkah rugi�nya sedangkan masing-masing boleh bersatu meningkatkan kejayaan bersama,” katanya.

Isu masyarakat mempersalahkan mahasiswa dan mahasiswa ‘menolak’ pandangan masyarakat bukanlah baru, namun menjadi ketara akhir-akhir ini kerana pembabitan salah laku golongan di menara gading itu kerap terpampang dalam media massa.

Masyarakat beranggapan mahasiswa hari ini semakin runtuh akhlak manakala mahasiswa pula menjawab, bukan semua terbabit dalam permasalahan itu hingga masyarakat boleh menghukum sewenang-wenangnya. Alasannya, masyarakat turut terbabit dalam gejala serupa tapi lebih suka menyalahkan orang lain.

Mengulas senario saling menuding jari ini, beliau berkata, kedua-dua pihak perlu memahami apakah makna sebenar masyarakat dan mahasiswa sebelum meletakkan sesuatu kesalahan di bahu pihak tertentu.

“Masyarakat kelompok terbesar dan mahasiswa juga sebahagian daripada masyarakat yang berhak untuk bersuara.

“Jika mahasiswa menyalahkan masyarakat, ia umpama menyalahkan diri sendiri. Bagaimanapun, ini bukan lesen masyarakat yang terdiri daripada kelompok bukan mahasiswa menghentam golongan itu sesuka hati.

“Dan, bukan bermakna mahasiswa tidak boleh mengeluarkan pendapat untuk memperbetulkan masyarakat. Masing-masing mempunyai hak asalkan perkara disentuh itu ada asasnya dan bukan sekadar ingin menghangatkan lagi suasana,” katanya.

Mengakui masyarakat hari ini ada bersikap terlebih ‘kepoh’, itu bukan ukuran untuk menghukum keseluruhan institusi, begitu juga tidak adil melabelkan mahasiswa rosak sepenuhnya sedangkan hanya kelompok tertentu saja terbabit dengan salah laku.





Pandangan orang, katanya, selalu merujuk kepada jumlah besar dan tambah memburukkan keadaan apabila ada pihak memperbesarkan semua kejadian bagi menarik perhatian.

“Penafsiran yang salah selalunya mengundang padah dan boleh disalah tafsir. Memang melakukan kesalahan itu individu tapi masyarakat atau mahasiswa tidak melihatnya begitu. Dengan kata lain, yang tidak bersalah juga akan terbabit.

“Sedangkan hanya segelintir perlu menerima hukuman, namun habis semua terpalit lumpur. Sebarang tindakan perlu berlandaskan rasional dan jangan menggunakan alasan logik akal untuk melepaskan diri.

“Konflik perlu dijauhi demi membina keharmonian perhubungan serta kekuatan kerohanian,” katanya.

Pendirian masyarakat juga masih mampu bertahan biarpun sentiasa dikritik, berbanding mahasiswa yang rapuh kerana mereka hanya kelompok kecil.

“Jika masyarakat dihentam, mereka mampu bertahan berbanding mahasiswa. Bagaimanapun, ditegaskan, bukan mahu membela atau menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya cuba memberi gambaran pihak mana lebih ketara menanggung risiko dan pandangan skeptikal.

“Dalam apa juga kejadian, jika pembabitan dimulakan satu pihak, ia tetap salah dan perlu bertanggungjawab atas kesalahan itu. Malangnya, sikap individu suka menyalahkan orang lain tanpa mahu memuhasabah diri menjadikan konflik terus berpanjangan.

“Sentiasa bertoleransi, mendengar pandangan serta teguran dan mahu berubah. Saya percaya jika kedua-duanya boleh berkompromi, hubungan masyarakat-mahasiswa akan harmoni, sekali gus memberi kekuatan kepada negara,” katanya.


Mengikut kajian yang dijalankan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, antara faktor terbabit dalam gejala sosial termasuk:



  • Keluarga








  • Kejutan budaya








  • Pengaruh rakan dan persekitaran








  • Kurangnya pendidikan agama








  • Peranan media massa dan teknologi maklumat tanpa sempadan








  • Perasaan ingin tahu dan mencuba

    Antara gejala sosial ‘popular’ termasuk:








  • Seks bebas








  • Pelacuran








  • Jenayah








  • Merempit








  • Pembuangan bayi








  • Dadah
  • Akibat orang yang tidak menunaikan solat...renung2kan dan selamat beramal!!!

    Seorang kanak-kanak datang mengadap Rasulullah s.a.w sambil menangis. Hal itu mennghairankan Rasulullah yang sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya.
    "Mengapa engkau menangis anakku?" Tanya Rasulullah.
    "Ayahku telah meninggal, tetapi tidak seorangpun datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan. Siapakah yang akan memandikan ayahku dan mengkebumikannya?" Tanya anak itu.
    Nabi lalu menyuruh Abu Bakar dan Umar pergi melihat jenazah tersebut. Kedua mereka amat terkejut setelah melihat mayat itu sudah bertukar menjadi babi hutan. Mereka pun segera pergi memberitahu Rasulullah.
    Maka Rasulullah datang sendiri ke rumah anak itu. Baginda berdoa kepada Allah sehingga babi hutan itu bertukar menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan jenazah tersebut.
    Ketika jenazah itu hendak dikebumikan ia berubah menjadi babi hutan semula.
    Melihat kejadian itu Rasulullah bertanya kepada kana-kanak tersebut apakah yang dilakukan oleh ayahnya sewaktu hidupnya.
    "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat sepanjang hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

    Solat itu tiang agama!!!

    Sembahyang itu tiang agama, sembahyang itu anak kunci segala kebaikan (Riwayat Tabrani)
    Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam(melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat); dan (selain itu) tiang agama ialah sembahyang” (Riwayat Tabrani)
    Dalam hadith lain disebut…Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..
    DariJabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Dalam satu hadith qudsi disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.
    Sembahyang ialah anak kunci yang ada lima bilah iaitu lima waktu sembahyang. Sembahyang boleh menguatkan zahir dan batin. Dari segi zahir sihat tubuh badan kerana banyak pergerakan. Dari segi batin, ia meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali dengan mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain 
    fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.















    Pentingnya Pendidikan Agama Islam...

    GLOBALISASI bukanlah sesuatu yang baru dalam agenda Barat dan Islam. Islam suatu ketika dulu pernah mempengaruhi Barat selama hampir 700 tahun dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Sifat alamiah Islam menjadikan agama ini sebagai agama rahmah demi kebaikan seluruh umat manusia. Tetapi bentuk globalisasi yang Barat lakukan terhadap dunia, khususnya umat Islam berlainan sekali. Ia adalah penjajahan bentuk baru yang mana corak kemajuan dan perubahan yang ditawarkan bercorak satu pihak dan melampaui batas budaya, agama, gaya hidup, ekonomi, sosial dan sebagainya yang sekian lama menjadi amalan setempat.

    Konsep ‘unilateral’ menjadi tunjang globalisasi tanpa menghargai wujudnya diversiti atau kepelbagaian dan kemajmukan yang akhirnya menjadikan konsep ‘unipola’ sebagai agenda pemaksaan terhadap orang lain.
    Meskipun ada aspek menarik yang boleh dikongsi dalam proses globalisasi seperti manfaat pembangunan sistem maklumat dan teknologi komunikasi, umat Islam memerlukan pendekatan proaktif dan strategik. Ini bagi memelihara kepentingan nilai dan agamanya daripada dicairkan oleh faham kebendaan-hedonistik Barat menerusi globalisasi.

    Pendekatan integrasi dalam pendidikan sewajarnya dijadikan landasan supaya kecenderungan memanfaatkan faktor berbanding (comparative factors) dari Barat dan Timur tidak sampai menghakis jati diri umat yang sekian lama terbina atas asas pembangunan seimbang. Tanpa kesungguhan menjadikan nilai agama dan murni yang mendukung tamadun sebagai kerangka integrasi, globalisasi adalah suatu gelombang yang bakal merosakkan.

    Dalam konteks Malaysia, pendekatan integratif dalam pendidikan Islam harus dirangka dengan rapi dan strategik. Pendidikan Islam masih dalam lingkungan pendidikan asas yang mencakup aspek akidah, ibadat dan akhlak, di samping aspek tilawah, seerah dan fardu ain dengan metodologi yang belum mampu menghasilkan kesan penghayatan tinggi.

    Inilah cabaran terbesar dalam proses integrasi ilmu dan pendidikan sebagai benteng mendepani cabaran globalisasi. Gejala negatif sosial remaja yang meningkat pesat adalah gambaran bentuk generasi masa depan yang bakal menjadi liabiliti kepada negara.

    Globalisasi yang sedang dihadapi menuntut pembangunan sumber daya berkualiti. Faktor integrasi ilmu dan nilai adalah ubat mujarab untuk menyuburkan kekebalan diri generasi penerus.

    Isu integrasi di Malaysia dalam konteks pendidikan Islam harus dilihat dalam konteks pelbagai. Konteks pertama ialah integrasi pendidikan Islam yang didukung oleh sistem aliran perdana dan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Konteks kedua ialah pendidikan Islam yang digerakkan pihak swasta seperti Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz.

    Minat tinggi masyarakat Islam menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh Integratif (SBPI) adalah petanda kecenderungan tinggi terhadap pendidikan yang integratif sifatnya. Hal sama juga berlaku terhadap pendidikan swasta yang bentuknya pelbagai.

    Isu integrasi juga merujuk corak pembangunan sumber daya manusia sebagai respons terhadap faktor globalisasi. Wujud kecenderungan tinggi dalam sektor swasta, industri dan korporat memberi petunjuk jenis pekerjaan di pasaran. Ia berkait rapat dengan corak kursus atau program yang bakal ditawarkan pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

    Isu integrasi juga berdepan dengan isu integrasi kaum supaya sistem pendidikan integratif mampu mendekati masalah kemajmukan masyarakat.

    Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu diberi perhatian. Pertama pada peringkat pendidikan Islam yang dikendalikan pihak di luar sistem formal yang memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut kurikulum, metodologi, buku teks, latihan keguruan, proses penilaian, kewangan dan pengurusan.

    Kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera kerana kita bukan saja ingin memberikan pendidikan asas, malah melahirkan sumber daya insan bermutu yang mampu menghadapi rempuhan globalisasi.

    Kajian harus dibuat, apakah sistem pendidikan dua sesi yang menumpu kepada pendidikan agama dan formal cara terbaik untuk menjadikan umat Islam terdidik dengan ilmu, ketrampilan dan sahsiah. Ini kerana dalam beberapa hal apa yang diajar pada waktu pagi diulang kembali pada waktu petang dan begitulah sebaliknya.

    Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral sedang membuat semakan kurikulum Pendidikan Islam pada peringkat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Ia adalah sesuatu yang wajar melihat kepada keberkesanan proses Pengajaran-Pembelajaran (P&P) selama ini serta memikirkan cabaran keilmuan dan teknologi yang dihadapi kini.

    Matlamat untuk mengkaji kesan dari segi aplikasi dan penghayatan secara teori dan praktik banyak berhubung mengenai metodologi berkesan. Dalam konteks Pendidikan Islam, peranan pendidik atau murabbi amat penting sama pentingnya dengan kepentingan alat yang meningkatkan kefahaman dan penghayatan. Tanpa kefahaman dan penghayatan, tidak akan lahir nilai murni yang bakal memandu tingkah laku.

    Pendekatan yang bersifat portal, modular dan interaktif akan menjadi semakin popular. Ia secara langsung memberikan cabaran kepentingan qudwah sebagai asas pembentuk watak dan tingkah laku. Kalau tidak secara jangka panjangnya P&P akan menjadikan murabbi terpinggir dan kaedah P&P akan lebih bersifat mekanistik dan akhirnya robotik.

    Oleh itu, semakan P&P dalam konteks Lajur Bidang Pembelajaran yang mengemukakan pendekatan tiga aras harus menghubung sama dengan pendekatan Muafakat Pendidikan (Collaborative Teaching-Learning). Ini bagi meraikan proses faham dan peningkatan di kalangan yang cerdik, sederhana dan lemah.

    Ia boleh diperkukuhkan dengan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dan eksperiantial (contextual and experiencial learning).

    Perkara asas yang harus diperkembangkan ialah keteguhan nilai yang ada hasil daripada pelaksanaan Pendidikan Islam. Ini membolehkan nilai murni sifatnya merentasi bidang kurikulum dan kokurikulum kepada subjek lain. Perkara ini jika dapat dilakukan akan memberi kesan kepada integrasi yang lebih menyeluruh.

    Integrasi yang lebih menyeluruh inilah yang menjadi cabaran terbesar sistem pendidikan kita supaya faktor nilai menjadi asas penting dalam pengembangan faktor akademik, saintifik, vokasional, teknikal dan profesional nanti. Malah, perlu ada cara bijaksana dalam konteks masyarakat majmuk. Pendekatan integratif mampu menjadi landasan membangunkan Malaysia berasaskan acuan kita sendiri iaitu acuan nilai yang mengembangkan ilmu dan pemikiran. Ia juga membantu kekuatan nilai yang sifatnya menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan.

    Peringkat kedua ialah tinjauan harus dibuat secara komprehensif dalam sistem pendidikan Islam yang formal. Apakah asas agama yang ditawarkan mampu memberikan kesan penghayatan baik kepada pelajar.

    Tumpuan kepada membina asas fardu ain adalah baik. Tetapi, apakah di samping pelajar mempelajari tata cara solat dan sebagainya, falsafah di sebalik ibadat juga diberikan.

    Hal sama juga perlu diberi perhatian apabila pelajar diajarkan dengan asas Ulum Syar’iyah yang menyentuh mengenai aqidah, ibadat, sirah, tamadun dan asas akhlak Islamiah yang menyentuh kepentingan adab. Apakah metodologi yang digunakan mampu memberikan kesan penghayatan kepada pelajar.

    Perkara ini dibangkitkan kerana banyak asas syariah menyentuh faktor ghaibiah. Memberi faham faktor ghaibiah ini memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11 tahun itu akan mampu memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.

    Sehubungan itu, sistem formal pendidikan Islam harus memberi ruang kepada pelajar Islam yang ingin mengkhusus dalam bidang seperti syariah, usuluddin, loghah, fiqh serta usul fiqh, ulum al Quran, ulum hadis, di samping subjek kemahiran yang perlu seperti bahasa Inggeris, komputer dan pengurusan. Ia bagi memberi peluang kepada berbakat dan berminat tinggi mendalami dan menguasai bidang khusus dan pakar bagi kepentingan umat Islam masa depan.

    Template by:
    Free Blog Templates