Wednesday, April 6, 2011

Myspace Friendship Graphics Quotes

Myspace Quotes Graphics

--- AtTeNTion ---

SOME TIPS TO TACKLE THE ISLAMIC EDUCATION SUBJECT
1.       Time: It might not be an issue for some, but for some it can be very challenging as the fact remains to be daunting that how modern life can make it a problem to spare time for reading and learning Quran.
2.       Study Methods: Each individual is different, in the same respect everyone has its own capabilities of learning and remembering things which helps them to achieve the set objectives just like other areas of knowledge.
3.       Language: We know how language can be a barrier to ones learning but do not be de-motivated as soon as you learn the beauty of the Arabic language it is said to produce such understanding which you would admit is not possible otherwise.
4.    Mind-mapping: all facts can be remembered easily when we change them into mind-mapping.
5.    Interesting story: the part of Sirah can be imagined by creating an interesting story and encourage us to remember the sequence of history chronology. 

IBADAT-TINGKATAN 1 (SAMAK DAN SERTU)




SAMAK
  1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua    kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
  Sabda Rasulullah S.A.W.:                    
Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)


  SERTU
 1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
    dan satu kali dengan air tanah.
3.  Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

HIKMAT SERTU DAN SAMAK

1.  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
2.  Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.
3.  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan
semua peralatan harian.
4.  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
5.  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.
6.  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.

HADIS KEFAHAMAN ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN - TING 1

عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
 ولا تكن الخامسة فتهلك                       ( رواه الطبرنى)
Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa


GALAKAN  MENJADI ORANG YANG BERILMU , MENUNTUT ILMU &  MENCINTAI ILMU

§  Hadis di atas Menuntut Umat Islam supaya  Menjadi orang Berilmu, Menuntut ilmu & Mencintai ilmu pengetahuan
§  Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima iaitu golongan yang tidak berilmu
§  Tiada batasan dalam cara menuntut ilmu sama ada secara format atau pun tidak formal
§  Umat Islam diwajibkan menguasai kedua-dua ilmu :  Ilmu fardu ain & Ilmu fardu kifayah


CARA UTK MENJADI ORG BERILMU



·         Belajar & berusaha dgn bersungguh-sungguh
·         Membaca buku-buku berbentuk ilmiah
·         Rajin Menghadiri majlis / program ilmu
·         Berkawan dgn org yg berilmu pengetahuan

CIRI-CIRI ILMU YG BENAR

o    Ilmu yg dapat memantapkan iman
o    Ilmu yg tidak membawa kpd kesesatan
o    Ilmu yg membentuk akhlak & sifat terpuji
o    Ilmu yg dpt membangunkan kehidupan manusia  spt perubantan, ICT dll

  • Ilmu yg boleh tingkatkan martabat umat 


FAEDAH / KEPENTINGAN  BERILMU 

Ø  Hidup mulia dan dihormati

Ø  Diredai dan dikasihi Allah
Ø  Dapat membezakan antara yang hak (benar) dan batil ( salah)
Ø  Dapat berbakti kepada masy dan Negara
Ø  Dpt tingkatkan taraf hidup diri, masy & ng
Ø  Mengangkat martabat agama,bangsa & Negara
Ø  Dpt membangunkan ekonomi U. Islam





AKIBAT MENGABAIKAN ILMU PENGETAHUAN



§  Di pandang rendah / hina oleh orang lain

§  Hidup dalam kejahilan
§  Mudah terpengaruh dengan perkara negatif  & amalan  yg menyesatkan
§  Ketinggalan dalam semua aspek kehidupan
§  Mudah ditipu oleh orang lain


PENGAJARAN  HADIS

1.     Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia
2.     Umat Islam hendaklah berusaha mencari ilmu pengetahuan
3.     Umat Islam kini perlu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan









IBADAT-TINGKATAN 1

Pengertian Tayamum, Cara, Syarat, Rukun, Sebab & Sunat Tayammum Wudhu Dengan Debu / Tanah



A. Arti Definisi / Pengertian Tayamum
Tayamum adalah pengganti wudhu atau mandi wajib yang tadinya seharusnya menggunakan air bersih digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih. Yang boleh dijadikan alat tayamum adalah tanah suci yang ada debunya. Dilarang bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah. Pasir halus, pecahan batu halus boleh dijadikan alat melakukan tayamum.
Orang yang melakukan tayamum lalu shalat, apabila air sudah tersedia maka ia tidak wajib mengulang sholatnya. Namun untuk menghilangkan hadas, harus tetap mengutamakan air daripada tayamum yang wajib hukumnya bila sudah tersedia. Tayamum untuk hadas hanya bersifat sementara dan darurat hingga air sudah ada.
Tayamum yang telah dilakukan bisa batal apabila ada air dengan alasan tidak ada air atau bisa menggunakan air dengan alasan tidak dapat menggunakan air tetapi tetap melakukan tayamum serta sebab musabab lain seperti yang membatalkan wudu dengan air.
B. Sebab / Alasan Melakukan Tayamum :
- Dalam perjalanan jauh
- Jumlah air tidak mencukupi karena jumlahnya sedikit
- Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan
- Air yang ada suhu atau kondisinya mengundang kemudharatan
- Air yang ada hanya untuk minum
- Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat telat shalat
- Pada sumber air yang ada memiliki bahaya
- Sakit dan tidak boleh terkena air
C. Syarat Sah Tayamum :
- Telah masuk waktu salat
- Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran
- Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum
- Sudah berupaya / berusaha mencari air namun tidak ketemu
- Tidak haid maupun nifas bagi wanita / perempuan
- Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh
D. Sunah / Sunat Ketika Melaksanakan Tayamum :
- Membaca basmalah
- Menghadap ke arah kiblat
- Membaca doa ketika selesai tayamum
- Medulukan kanan dari pada kiri
- Meniup debu yang ada di telapak tangan
- Menggodok sela jari setelah menyapu tangan hingga siku
E. Rukun Tayamum :
- Niat Tayamum.
- Menyapu muka dengan debu atau tanah.
- Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.
F. Tata Cara / Praktek Tayamum :
- Membaca basmalah
- Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
- Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
- Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan shalat karena Allah Ta'ala).
- Mengusap telapak tangan ke muka secara merata
- Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan
- Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
- Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
- Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri

TOKOH-TINGKATAN 1

Abu Bakar as-Siddiq

 

Abu Bakar as-Siddiq (Arab: أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah

 

Kehidupan awal

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

 

Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.

 

 

Menjadi khalifah pertama

 

Semasa Rasulullah SAW sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan Solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah Al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.


Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine(Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjubg Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khattab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al-Quran. Saidina Uthman Bin Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad SAW, di Masjid An-Nabawi yang terletak di Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golonganRiddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Template by:
Free Blog Templates