Wednesday, April 6, 2011

AKIDAH...

 DALIL KEWUJUDAN ALLAH SWT

1. Apakah alam ini terjadi dengan sendirinya ?   Siapa Penciptanya?

Manusia ialah makhluk Allah  yang paling mulia berbanding dengan  makhluk lain  di alam ini kerana dikurniakan akal.   Apabila kita melihat setiap kejadian  alam yang begitu unik dan indah ,  seperti langit, matahari, bulan, bintang ,laut ,gunung-ganang, tanah   dan lain-lain, pasti kita tertanya-tanya     Apakah semua kejadian alam yang unik dan indah  ini terjadi dengan sendirinya  ? Siapakah Penciptanya ?

Akal kita pasti menyatakan MUSTAHIL alam ini terjadi dengan sendirinya … Setiap kejadian  tersebut pasti ada Pencitanya …. ??????

Allahlah  yang mencipta segala makhluk yang wujud  di alam ini .
Allah jugalah yang menentukan perjalanan setiap makhluk tersebut dengan teratur mengikut sunahNya (ketetapanNya). Sebagaimana dijelaskan dalam Surah Az Zumar,  ayat 62 :
                                    الله خلق كل شىء  وهو على كل شى وكيل
Maksudnya : Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir
                       serta menguasai segala-galanya.

2. Apakah akal manusia  dapat membuktikan kekuasaan Allah ? Bagaimanakah caranya?

Akal   mempunyai kemampuan yang sangat terbatas,walaubagaimanapun akal kita mampu membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah dengan cara Memerhati, Berfikir dan Mengkaji kehidupan alam nyata.

3. Nyatakan dalil-dalil / bukti kewujudan dan kekuasaan Allah.
1.      Proses kejadian manusia yang sangat unik
2.      Peredaran siang dan malam yang silih berganti  dan tidak pernah berubah
3.      Kejadian haiwan yang berbagai-bagai jenis dan rupabentuk
4.      Kejadian tumbuh-tumbuhan dengan pelbagai rupa, bentuk dan  rasa
5.      Kejadian cakrawala yang unik dapat membantu kehidupan manusia 

4 .Jelaskan Proses Kejadian Manusia mengikut penjelasan dalam al Quran

1.      Percantuman sperma lelaki dan ovum perempuan membentuk ' nutfah"(40 hari)
2.      Menjadi segumpal darah 'alaqah'  (40 hari)
3.      Menjadi seketul daging " mudghah" ( 40 hari)
4.      Pembentukan tulang  dan tulang dibaluti dengan daging
5.      Menjadi janin dan ketika janin berusia 4 bulan (120 hari)  ditiupkan roh 
6.      Bayi dilahirkan setelah cukup tempohnya lebih kurang 9 bulan 10 hari

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates