DALIL KEWUJUDAN ALLAH SWT
1. Apakah alam ini terjadi dengan sendirinya ? Siapa Penciptanya?
Manusia ialah makhluk Allah yang paling mulia berbanding dengan makhluk lain di alam ini kerana dikurniakan akal. Apabila kita melihat setiap kejadian alam yang begitu unik dan indah , seperti langit, matahari, bulan, bintang ,laut ,gunung-ganang, tanah dan lain-lain, pasti kita tertanya-tanya Apakah semua kejadian alam yang unik dan indah ini terjadi dengan sendirinya ? Siapakah Penciptanya ?
Akal kita pasti menyatakan MUSTAHIL alam ini terjadi dengan sendirinya … Setiap kejadian tersebut pasti ada Pencitanya …. ??????
Allahlah yang mencipta segala makhluk yang wujud di alam ini .
Allah jugalah yang menentukan perjalanan setiap makhluk tersebut dengan teratur mengikut sunahNya (ketetapanNya). Sebagaimana dijelaskan dalam Surah Az Zumar, ayat 62 :
الله خلق كل شىء وهو على كل شى وكيل
Maksudnya : Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir
serta menguasai segala-galanya.
2. Apakah akal manusia dapat membuktikan kekuasaan Allah ? Bagaimanakah caranya?
Akal mempunyai kemampuan yang sangat terbatas,walaubagaimanapun akal kita mampu membuktikan kewujudan dan kekuasaan Allah dengan cara Memerhati, Berfikir dan Mengkaji kehidupan alam nyata.
3. Nyatakan dalil-dalil / bukti kewujudan dan kekuasaan Allah.
1. Proses kejadian manusia yang sangat unik
2. Peredaran siang dan malam yang silih berganti dan tidak pernah berubah
3. Kejadian haiwan yang berbagai-bagai jenis dan rupabentuk
4. Kejadian tumbuh-tumbuhan dengan pelbagai rupa, bentuk dan rasa
5. Kejadian cakrawala yang unik dapat membantu kehidupan manusia
4 .Jelaskan Proses Kejadian Manusia mengikut penjelasan dalam al Quran
1. Percantuman sperma lelaki dan ovum perempuan membentuk ' nutfah"(40 hari)
2. Menjadi segumpal darah 'alaqah' (40 hari)
3. Menjadi seketul daging " mudghah" ( 40 hari)
4. Pembentukan tulang dan tulang dibaluti dengan daging
5. Menjadi janin dan ketika janin berusia 4 bulan (120 hari) ditiupkan roh
6. Bayi dilahirkan setelah cukup tempohnya lebih kurang 9 bulan 10 hari
0 comments:
Post a Comment