Wednesday, April 6, 2011

HADIS KEFAHAMAN ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN - TING 1

عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
 ولا تكن الخامسة فتهلك                       ( رواه الطبرنى)
Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa


GALAKAN  MENJADI ORANG YANG BERILMU , MENUNTUT ILMU &  MENCINTAI ILMU

§  Hadis di atas Menuntut Umat Islam supaya  Menjadi orang Berilmu, Menuntut ilmu & Mencintai ilmu pengetahuan
§  Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima iaitu golongan yang tidak berilmu
§  Tiada batasan dalam cara menuntut ilmu sama ada secara format atau pun tidak formal
§  Umat Islam diwajibkan menguasai kedua-dua ilmu :  Ilmu fardu ain & Ilmu fardu kifayah


CARA UTK MENJADI ORG BERILMU



·         Belajar & berusaha dgn bersungguh-sungguh
·         Membaca buku-buku berbentuk ilmiah
·         Rajin Menghadiri majlis / program ilmu
·         Berkawan dgn org yg berilmu pengetahuan

CIRI-CIRI ILMU YG BENAR

o    Ilmu yg dapat memantapkan iman
o    Ilmu yg tidak membawa kpd kesesatan
o    Ilmu yg membentuk akhlak & sifat terpuji
o    Ilmu yg dpt membangunkan kehidupan manusia  spt perubantan, ICT dll

  • Ilmu yg boleh tingkatkan martabat umat 


FAEDAH / KEPENTINGAN  BERILMU 

Ø  Hidup mulia dan dihormati

Ø  Diredai dan dikasihi Allah
Ø  Dapat membezakan antara yang hak (benar) dan batil ( salah)
Ø  Dapat berbakti kepada masy dan Negara
Ø  Dpt tingkatkan taraf hidup diri, masy & ng
Ø  Mengangkat martabat agama,bangsa & Negara
Ø  Dpt membangunkan ekonomi U. Islam





AKIBAT MENGABAIKAN ILMU PENGETAHUAN



§  Di pandang rendah / hina oleh orang lain

§  Hidup dalam kejahilan
§  Mudah terpengaruh dengan perkara negatif  & amalan  yg menyesatkan
§  Ketinggalan dalam semua aspek kehidupan
§  Mudah ditipu oleh orang lain


PENGAJARAN  HADIS

1.     Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia
2.     Umat Islam hendaklah berusaha mencari ilmu pengetahuan
3.     Umat Islam kini perlu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan









0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates