Wednesday, April 6, 2011

IBADAT-TINGKATAN 1 (SAMAK DAN SERTU)




SAMAK
  1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.
2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua    kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.
  Sabda Rasulullah S.A.W.:                    
Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)


  SERTU
 1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.
2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali
    dan satu kali dengan air tanah.
3.  Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

HIKMAT SERTU DAN SAMAK

1.  Dapat menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada kulit-kulit binatang.
2.  Supaya manusia dapat menggunakan kulit-kulit binatang dengan selesa dan bersih.
3.  Menunjukkan bahawa Islam agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan
semua peralatan harian.
4.  Supaya orang Islam sentiasa berhati-hati menggunakan bahan-bahan keperluan dalam kehidupan mereka.
5.  Menunjukkan bahawa Islam memberikan kemudahan menggunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling mereka asalkan dengan cara yang halal.
6.  Terhindar daripada dijangkiti oleh sebarang kuman penyakit.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates