Wednesday, April 6, 2011

KRONOLOGI SIRAH RASULULLAH SAW...

DARI HIJRAH HINGGA KEWAFATAN NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Peristiwa Hijrah:
- Bemulanya Hijrah kaum Muslimin ke Madinah. Orang pertama yang berhijrah ialah Abu Salam Al-Makhzumi Radhiallahu 'Anhu bersama dengan isterinya Ummu SalamahRadhiallahu 'Anha.
- Hijrah beramai-ramai secara sembunyi, sehinggakan tiada yang tinggal di Mekah kecuali Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Al-Suhaib ar-Rumi dan Zaid bin HarithahRadhiallahu 'Anhum juga beberapa wanita di kalangan keluarga nabi saw.
- Bemulanya perbincangan di Dar an-Nadwah untuk merancang pembunuhan NabiSallallahu 'Alaihi Wasallam.
- Hijrah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersama Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu,(2 Rabi'ul Awal bersamaan 20 September 631 Masihi) 13 tahun selepas perutusan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai rasul.
- Rencana untuk membunuh baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dilaksanakan pada malam hijrah.
- Rumah dikepung oleh pemuda-pemuda dari pelbagai qabilah.
- Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah menggantikan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam di tempat tidur.
- 3 hari di Gua Thur.
- Abdullah bin Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu ditugaskan menyelidik berita-berita di Kota Mekah.
- Amir bin Fuhairah Radhiallahu 'Anhu di suruh memadamkan kesan tapak kaki ke gua Thurdengan menuntun kambing.
- Asma' binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anha menyediakan makanan.
- Detik genting di gua Thur; diselamatkan oleh Allah dengan sarang labah-labah dan sarang merpati.
- Dikejar oleh Suraqah bin Malik.
- Mukjizat di perkhemahan Ummi Ma'bad Al-Khuza'i; Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallammemerah susu daripada kambing kurus.
- Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam tiba di Quba' (8 Rabi'ul Awal). Singgah di rumah Kalthum bin Hudm Radhiallahu 'Anha selama tiga hari.
- Pembinaan Masjid Quba'.
- Tiba di Madinah. (12 Rabi'ul Awal)
- Di sambut dengan gilang-gemilang oleh 500 orang Ansar dan diiringi masuk ke dalam kotaMadinah.
- Solat Jumaat pertama dalam sejarah Islam di perkampungan Banu Salim bin 'Auf.
- Menetap di rumah Abu Ayub Al-Ansari Radhiallahu 'Anhu di Madinah.

PERISIWA TAHUN PERTAMA HIJRAH
  • Suasana Madinah:
3 kelompok besar Yahudi:
1. Yahudi Banu Qainuqa' – ketika ini terdapat sekitar 700 lelaki dewasa.
2. Yahudi Banu Quraizah – 700 hingga 900 orang lelaki dewasa.
3. Yahudi Banu Nadhir – 700 lelaki dewasa
menguasai ekonomi Madinah
Aus dan Khazraj:
Aus tinggal di kawasan yang subur, berjiran dengan Yahudi Banu Nadhir dan Yahudi Banu Quraizah.
Khazraj tinggal di kawasan yang kurang subur berjiran dengan Yahudi Banu Qainuqa'.
Aus dan Khazraj sering berperang. Peperangan yang pertama ialah peperangan Samir dan peperangan yang terakhir peperangan Buwat (5 tahun sebelum hijrah – dimenangi oleh Aus)
Dalam peperangan Buwat, Khazraj bersekutu dengan Yahudi Banu Qainuqa'.
  • Masyarakat pada masa ini menyembah berhala Manat kerana mengikut apa yang diamalkan di Mekah. (Berhala Uzza disembah di Mekah dan berhala Laata di Taif)
  • Tanah yang subur di Madinah digunakan untuk menanam anggur dan kurma.
  • Penukaran nama Yathrib kepada Madinah.
  • Pembinaan Masjid an-Nabawi:
- Dibina di atas tanah yang dibeli kepunyaan 2 orang anak yatim.
- Asalnya ialah tempat pengeringan tamar dan terdapat perkuburan lama.
  • Bermulanya seruan azan dalam Islam yang dilaungkan oleh Bilal bin RabahRadhiallahu 'Anhu.
  • Penggubalan Piagam Madinah: Perlembagaan bertulis pertama dalam Islam yang digubal antara orang Islam (Ansar dan Muhajirin) dengan Yahudi Madinah.
  • Mempersaudarakan Muhajirian dan Ansar.
  • Ketibaan keluarga Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan baki kaum Muslimin ke Madinah. (Rabi'ul Akhir)
  • Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam mengutus Zaid bin Harithah dan Abu Rafi'Radhiallahu 'Anhuma ke Mekah untuk mengambil saki baki kaum Muslimin yang masih belum tiba. Abdullah bin Uraiqit sebagai penunjuk jalan.
  • Antara yang dibawa ke Madinah ialah:
1. Fatimah binti Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
2. Ummu Kalthum binti Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
3. Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha (Isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam).
4. Ummu Aiman Radhiallahu 'Anha (Isteri Zaid bin Thabit Radhiallahu 'Anhu).
5. Usamah bin Zaid Radhiallahu 'Anhu.
6. Abdullah bin Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma.
7. Ummu Ruman Radhiallahu 'Anha (Isteri Abu Bakar Radhiallahu 'Anhu).
8. 'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma.
9. Asma' binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma (Isteri Zubair bin Al-AwwamRadhiallahu 'Anhu, ketika ini sedang mengandungkan Abdullah bin ZubairRadhiallahu 'Anhu)
  • Keizinan berperang melalui turunnya Surah Al-Hajj(Rejab)
  • Sariyah Hamzah bin Abdul Muttalib Radhiallahu 'Anhu(Ramadhan)
Juga dinamakan Sariyah Saiful Bahr.
Disertai 30 orang Muslimin.
Panji dibawa oleh Abu Marthad Radhiallahu 'Anhu.
Bertujuan untuk menyekat kafilah perniagaan Quraisy, seramai 300 orang Musyrikin bersama-sama Abu jahal.
Pertempuran dihalang oleh Majdi bin Amru.
  • Sariyah Ubaidah bin Al-Harith Radhiallahu 'Anhu(7 Syawal)
Juga dinamakan Sariyah Rabigh.
Disertai 60 orang Muhajirin
Berlaku panah-memanah dan berakhir dengan larinya golongan Musyrikin.
  • Kelahiran Abdullah bin Zubir Radhiallahu 'Anhu(25 Syawal) Kelahiran pertama di Madinah dari kalangan Muhajirin.
  • Sariyah Sa'ad bin Abi Waqqas Radhiallahu 'Anhu(Zulkaedah)
Juga dinamakan Sariyah Al-Kharar.
Disertai 20 orang Muslimin.
Bertujuan menyekat kafilah Quraisy. Kafilah berlalu dan tidak berlaku pertempuran.
  • Kematian Tahun Pertama
1. Uthman bin Maz'un Radhiallahu 'Anhu. (saudara susuan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam)
2. Kalthum bin Al-Hadm Radhiallahu 'Anha.
3. Asad bin Zurarah Radhiallahu 'Anhu (salah seorang daripada 12 Naqib)
4. Barra bin Ma'arur Radhiallahu 'Anhu (juga Naqib)
5. Al-Walid bin Mughirah (Musyrikin penentang dakwah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam)

Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.Terdiri daripada kumpulan tentera seramai antara 90-100 orang.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates